Tidak diiktiraf oleh penguasa Palestin Penyelaras_Khas_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu_untuk_Proses_Damai_Timur_Tengah

Penyelaras Khas, Nickolay Mladenov tidak diiktiraf lagi oleh Pihak Berkuasa Palestin yang ditadbir Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkuat kuasa pada 2018 atas sebab beliau telah melampaui peranan dengan mendapatkan perjanjian antara Israel dan Hamas. Mladenov didakwa ‘melampaui peranan beliau’ dengan mendapatkan perjanjian antara Israel dan lawan kerajaan Palestin iaitu Hamas, yang mengawal Gaza, yang mana tindakannya menjejaskan 'keselamatan Palestin dan penyatuan rakyat'[4].

Mladenov bersama negara Mesir dalam usaha mendapatkan perjanjian damai jangka panjang antara Hamas dan negara Yahudi itu, tanpa memasukkan kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dalam rundingan tidak langsung berkenaan.

Rundingan itu terhenti, sebahagiannya disebabkan tekanan daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, tetapi pada 9 Oktober 2018, satu perjanjian kecil dibantu PBB, dicapai supaya Qatar membiayai penghantaran minyak yang amat diperlukan ke Gaza selama enam bulan. Kerajaan Mahmpud Abbas tidak terbabit dalam perjanjian itu dan strategi Mladenov menaikkan kemarahan ahli politik Palestin.